Sunday 27 October 2013

Pengguna Juga Boleh Kawal Harga Minyak

PRICE CONTROL

kalau betul.....tak salah mencuba.....

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung
dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Friday 18 October 2013

Thursday 17 October 2013

Bangkai ikan gergasi Oarfish ditemui di Pulau Catalina California


Bangkai ikan gergasi, dipercayai hidupan laut yang sering diceritakan dari mulut ke mulut sejak sekian lama dalam kalangan penduduk setempat ditemui di Pulau Catalina, Selatan California.

Bangkai ikan besar yang ditemui oleh Jasmine Santana, pelatih marin yang sedang menyelam di pulau berkenaan itu memerlukan tenaga 15 orang untuk mengangkutnya ke darat.

Memiliki panjang lebih 18 kaki, tidak hairanlah haiwan ini sering dirujuk sebagai ular besar apabila diceritakan mereka yang pernah melihat kelibatnya di laut.

Dipercayai ia adalah ‘oarfish’ yang boleh membesar hingga 50 kaki.
Spesies ini bagaimanapun jarang dilihat kerana ia hidup pada kedalaman 3,000 kaki di dasar laut. Ia dipercayai mati kerana sebab semulajadi.
Bangkai berkenaan dirancang untuk diawet dan dijadikan tarikan terbaru pelancong ke pulau tersebut. - Mynewshub

Tuesday 15 October 2013

Mumia Gadis 15 tahun Berusia 500 Tahun Masih Sempurna


Ini adalah sebuah fakta yang mengejutkan, namun juga ironis. Suku Indian di masa lampau mempunyai sebuah ritual untuk mempersembahkan korban pada dewa- dewa yang mereka anuti . Namun, suatu ketika di era modern ini, ditemukan jasad gadis Inca yang masih dalam keadaan baik, namun jasadnya sudah berusia 500 tahun lebih.

Kejadian ini terjadi di tahun 1999 di mana penyelidik mendapati mumia gadis yang dianggarkan berusia 15 tahun ketika dikorbankan ini . Konon, ia adalah salah satu gadis dengan dengan keadaan tubuh yang sempurna, sihat dan cantik. Namun sayang, ia hidup untuk dipersiapkan menjadi persembahan bagi dewa.

Gadis ini tidak dibunuh langsung, melainkan diletakkan di puncak gunung untuk mengawasi kawasan, seperti malaikat pelindung . Ritual ini bernama Capacocha .

Berbanding penemuan mumia – mumia pada umumnya , mungkin inilah mumia dengan bentuk tubuh yang paling sempurna. Ia seperti baru meninggal seminggu sebelumnya, bukan seperti sudah bertahun -tahun. Setelah diteliti , gadis ini meninggal kerana ada jangkitan bakteria , rambut dan organnya utuh , darah mengalir pada paru- paru dan jantung. Ia juga mempunyai kulit yang halus dan wajah yang masih berbentuk .

Sepertinya hal ini kerana sebulan sebelum ia dikorbankan, ia menjalani diet dan makan makanan khas. Misalnya diet pati dan protein selama berbulan- bulan, kemudian diberi nutrisi daun koka .

Ketika dikorbankan di puncak gunung , ia diberi minuman yang memabukkan untuk mengurangkan sakit dan rasa takut ketika akan dikuburkan. Gadis remaja ini meninggal dengan menggunakan pakaian yang baik , kasut dan perhiasan dengan ornamen yang cantik , dengan dibungkus selendang dan duduk bersila .

Kerana cuaca yang sangat sejuk dan kekurangan udara, maka ia meninggal perlahan- lahan. Seperti dibekukan . Oleh kerana itulah ia meninggal dengan bentuk tubuh yang masih sempurna , muda dan baik meski pun sudah berratus tahun.

Meski menjadi salah satu penemuan yang menggegarkan dunia , namun pekara ini juga mengundang kontroversi. Banyak orang yang beranggapan bahawa untuk menyenangkan dewa atau apapun yang mereka sembah , tak selayaknya melakukan pengorbanan yang nampak tidak berperikemanusiaan , melainkan dengan perbuatan baik di dunia.

Thursday 10 October 2013

Gambar kapal terbang MASwings terhempas di Kudat

Tiga penumpang parah dan tiga lain cedera manakala 10 lain selamat apabila sebuah pesawat ringan DHC-9 Twin Otter milik MASwings terhempas di atas sebuah rumah di Kampung Sin-San, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, jam 3.30 petang tadi. - Metro








Sunday 6 October 2013

Kapal Selam Palsu timbul di tengah jalan raya di Milan Gambar

Orang-orang Milan dikejutkan dengan Kapal selam timbul di tengah Bandar.


Nampak macam betul kapal selam ini timbul di atas jalan tapi tidak logik juga..




Saksikan lakonan Video dibawah

Friday 4 October 2013

Warga emas hidup semula

Anak dan cucu Chai Gaik memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula semalam.
SELINSING – Penduduk Kuala Gula di sini gempar apabila seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan didakwa kembali membuka mata dan menggerakkan badan selepas lima jam diletakkan di dalam keranda.
Adik mangsa, Tan Chai Soon, 55, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kampung Cina Kuala Gula kelmarin, kakaknya, Tan Chai Gaik, 69, disahkan meninggal dunia akibat sakit tua oleh pembantu perubatan yang datang ke rumah untuk merawatnya.
Menurutnya, setelah dimaklumkan pemergian mendiang, seluruh ahli keluarga menyediakan persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian mendiang.
“Setelah mendiang diletakkan dalam keranda di rumahnya lebih kurang jam 1.30 tengahari, kesemua ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang.
“Sedang nama mendiang disebut-sebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mendiang membuka mata dan menggerakkan sedikit anggota badan ,”katanya ketika ditemui semalam.
Chai Soon berkata, kesemua ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi semula pembantu perubatan yang merawat mendiang sebelum ini dan memintanya memeriksa warga emas itu.
Dakwanya, pembantu perubatan itu sangat terkejut setelah mendapati tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil meskipun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.
“Pembantu perubatan segera mengarahkan ambulans daripada Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang sebenarnya meninggal dunia sejak disahkan pada kali pertama dan kejadian ‘hidup’ kembali itu mungkin disebabkan tindak balas luar biasa tubuh mendiang,” katanya – Mstar Online

Guru Berpakaian Seksi Untuk Motivasikan Pelajar

Apa sahaja boleh berlaku di negara China.
Terbaru, seorang guru wanita di sana telah mendapat satu cara yang dilihatnya sebagai berkesan untuk menaikkan semangat dan motivasi pelajarnya supaya memperolehi keputusan peperiksaan yang baik.
Cikgu itu telah berjanji sekiranya anak muridnya berjaya mendapat markah tertinggi dalam ujian, dia akan hadir ke kelas mengajar dengan berpakaian seksi.
Walaupun terdapat segelintir pihak yang marah dengan tindakan guru muda itu namun tidak kurang yang memujinya dalam langkah untuk memotivasi pelajarnya supaya mendapat keputusan cemerlang untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.
Macam-macam hal..
Agak-agaknya ada tak cikgu di Malaysia yang seberani itu untuk memotivasikan anak-anak muridnya? – Mynewshub

Ujian Memandu serta-merta gagal - Video

Baru mula ujian memandu suda gagal..

Thursday 3 October 2013

Tikus Gergasi di China

Tikus menjadi hidangan penduduk di Hunan.
HUNAN – CHINA.Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.
Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.
Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.
“Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya,” menurut laporan itu kepada Daily Mail.
Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam – Sinar Harian

Tuesday 1 October 2013

Pulau Terbentuk Selepas Gempa di Pakistan


Video

Lemas terjunam ke parit besar

lemas
Ledang: Seorang lelaki lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke parit besar di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, memandu kereta Honda Civic berseorangan dipercayai lemas selepas terperangkap di dalam keretanya yang terbalik di dalam parit berkenaan.
Kejadian itu hanya disedari penduduk Felda berkenaan yang kebetulan melalui kawasan itu jam 8 pagi, apabila melihat keempat-empat tayar kereta terbalik ke atas.
Difahamkan, penduduk berkenaan cuba mencari pemandu kenderaan itu di kawasan berhampiran namun gagal menemuinya.
lemas
lemas1
KENDERAAN mangsa ditarik ke tepi tebing dari parit sedalam tujuh meter.
Mereka menghubungi polis dan bomba untuk memaklumkan kejadian – Hmetro Online/Sinar Harian

Tiga maut keracunan makan kenduri

Tiga maut keracunan makan kenduri


Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.
YAN – Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.
Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.
kenduri

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.
Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.
Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.
kenduri1
Seorang tetamu  hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.
“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.
“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.
“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.
“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini – Sinar Harian/Hmetro Online
 

Recent Posts

ping busuk

Pingje

HarryD Blog © 2013. All Rights Reserved | Back To Top