Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Sunday 6 October 2013

Kapal Selam Palsu timbul di tengah jalan raya di Milan Gambar

Orang-orang Milan dikejutkan dengan Kapal selam timbul di tengah Bandar.


Nampak macam betul kapal selam ini timbul di atas jalan tapi tidak logik juga..




Saksikan lakonan Video dibawah

Thursday 26 September 2013

Orang minyak kena tangkap

MARANG – Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.
Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan. Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan. “Lelaki itu berjalan di hadapan kami.
Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis. “Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri. Pada 15 September lalu, ahkbar Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.
Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak. Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.
Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu. Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.
Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai.
sumber : http://www.videosengal.in-earth.org/

Ular Sawa Telan dan muntah balik Anjing

Video

Tuesday 24 September 2013

VIDEO: Hari Paling Malang Buat Lelaki Ini


Rasa anda sedang melalui hari yang teruk?

Bawa bersabar dan cuba tonton video di bawah. Mesti serta merta rasa bersyukur sebab hari anda mungkin tak seteruk lelaki ini!

Dalam video yang dipercayai rakaman CCTV, seorang lelaki kelihatan mengejar bola golf apabila kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan.

Jika itu belum cukup malang, dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan dialami lelaki ini namun dia kelihatan melonjak bangun sebaik sahaja kereta tersebut menggilis kakinya, barangkali kerana terlalu terkejut, sakit dan tidak rela jika ada kereta lain pula yang datang melanggarnya selepas itu.

Difahamkan, tidak banyak maklumat diperoleh tentang tempat kejadian dan mangsa terlibat namun didoakan dia baik-baik sahaja selepas insiden berkenaan.

Memang sadis menonton nasib lelaki ini tapi dalam masa yang sama… kelakar pun ada

Sumber - Mynewshub

Rasanya video ni fake!!
 

Recent Posts

ping busuk

Pingje

HarryD Blog © 2013. All Rights Reserved | Back To Top