Sunday, 29 September 2013
Aplikasi Facebook yang paling digemari
Posted at
Sunday, September 29, 2013
Manila – Facebook tidak syak lagi adalah rangkaian media sosial paling popular di dunia. Kajian terbaru di tiga negara di Asia Tenggara menunjukkan Facebook aplikasi (app) adalah yang paling banyak digunakan mengikut kajian firma Nielsen.
Firma itu melakukan penyelidikan untuk menilai 10 app paling banyak digunakan pengguna telefon pintar.
Paling digemari
Facebook didapati yang paling digemari di Indonesia, Malaysia dan Filipina selain di tempat ke-2 di Filipina selepas app mesej LINE.
App popular lain termasuk Google Play Store, YouTube, LINE dan Candy Crush Saga, semuanya dalam senarai 10 paling popular di empat negara berkenaan mengikut kajian Nielsen Informate Mobile Insights.
“Pengaruh dan pentingnya app dalam pasaran telefon bimbit pada masa ini meningkat sejak beberapa tahun lalu,” kata Sagar Phadke, jurucakap unit Telecom and Technology Practice Nielsen di Asia Tenggara, Asia Timur dan Pasifik.
“Pengguna telefon bimbit di Asia memang menyukai app dan bilangan penggunanya di Asia meningkat pantas dan ini memberi peluang besar kepada pemasar jenama untuk mewujudkan hubungan rapat dengan pengguna,” katanya lagi.
Di Filipina, 10 app utama ialah Facebook, Google Play Store, YouTube, Candy Crush Saga, Viber, WeChat, LINE, Google Search, Skype dan Facebook Messenger.
Tiga suku jam sehari
Kaji selidik Nielsen juga menunjukkan pemilik telefon pintar di Asia Tenggara menghabiskan masa tiga suku jam sehari menggunakan app.
Penggunaan tertinggi ialah di Malaysia dengan 66 minit sehari diikuti Thailand, 46 minit; Filipina, 41 minit dan Indonesia, 40 minit.
Dalam perkembangan berkaitan, Facebook juga menghadapi persaingan hebat daripada app WhatsApp yang mencatat 25 bilion teks sehari.
Jun lalu, dalam satu tinjauan di India membabitkan 17,500 remaja, 75 peratus berkata mereka lebih suka menghantar teks daripada berbual. – AGENSI
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment