Tuesday 24 September 2013

VIDEO: Hari Paling Malang Buat Lelaki Ini


Rasa anda sedang melalui hari yang teruk?

Bawa bersabar dan cuba tonton video di bawah. Mesti serta merta rasa bersyukur sebab hari anda mungkin tak seteruk lelaki ini!

Dalam video yang dipercayai rakaman CCTV, seorang lelaki kelihatan mengejar bola golf apabila kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan.

Jika itu belum cukup malang, dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan dialami lelaki ini namun dia kelihatan melonjak bangun sebaik sahaja kereta tersebut menggilis kakinya, barangkali kerana terlalu terkejut, sakit dan tidak rela jika ada kereta lain pula yang datang melanggarnya selepas itu.

Difahamkan, tidak banyak maklumat diperoleh tentang tempat kejadian dan mangsa terlibat namun didoakan dia baik-baik sahaja selepas insiden berkenaan.

Memang sadis menonton nasib lelaki ini tapi dalam masa yang sama… kelakar pun ada

Sumber - Mynewshub

Rasanya video ni fake!!

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recent Posts

ping busuk

Pingje

HarryD Blog © 2013. All Rights Reserved | Back To Top