Tuesday 24 September 2013

VIDEO: Hari Paling Malang Buat Lelaki Ini


Rasa anda sedang melalui hari yang teruk?

Bawa bersabar dan cuba tonton video di bawah. Mesti serta merta rasa bersyukur sebab hari anda mungkin tak seteruk lelaki ini!

Dalam video yang dipercayai rakaman CCTV, seorang lelaki kelihatan mengejar bola golf apabila kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan.

Jika itu belum cukup malang, dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan dialami lelaki ini namun dia kelihatan melonjak bangun sebaik sahaja kereta tersebut menggilis kakinya, barangkali kerana terlalu terkejut, sakit dan tidak rela jika ada kereta lain pula yang datang melanggarnya selepas itu.

Difahamkan, tidak banyak maklumat diperoleh tentang tempat kejadian dan mangsa terlibat namun didoakan dia baik-baik sahaja selepas insiden berkenaan.

Memang sadis menonton nasib lelaki ini tapi dalam masa yang sama… kelakar pun ada

Sumber - Mynewshub

Rasanya video ni fake!!

Link Direct Download Movie

Gambar Hiasan

Install iOS 7 pada handphone Nokia model lama.

Sekarang boleh Share Score Game snake di facebook dan twitter.

Sunday 22 September 2013

Gempar!! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui.

Gempar! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui.

Sungai Si
put: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

[Sumber]
 

Recent Posts

ping busuk

Pingje

HarryD Blog © 2013. All Rights Reserved | Back To Top